BENCANA TSUNAMI

MELUNTUR KEANGKUHAN, AMBIL IKTIBAR SEGERA BERTAUBAT

(BILANGAN 198  BAHAGIAN PERTAMA)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

 

Kejadian bencana alam gempa bumi yang mengakibatkan berlakunya gelombang maut yang lebih dikenali dengan nama Tsunami menggemparkan penduduk dunia. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dan sedih ke atas apa yang berlaku. Tidak dinafikan ianya merupakan antara kejadian bencana alam yang paling dahsyat yang pernah terjadi dalam sejarah, di mana mengakibatkan banyak jiwa terkorban melebihi angka seratus ribu orang dan kemusnahan besar ke atas harta benda berlaku dengan tiba-tiba dan dengan cepat sekali. Ini belum lagi termasuk jumlah yang tercedera, ratusan ribu orang yang kehilangan tempat berteduh. Kemudian selepas itu, para mangsa Tsunami itu akan menghadapi penderitaan hidup yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

 

Jika dipandang secara sepintas lalu, malapetaka seperti ini berlaku adalah akibat proses alam semulajadi. Akan tetapi sebagai orang Islam yang beriman kita patut beriktiqad bahawa apa yang berlaku itu adalah dengan takdir Allah dan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaanNya yang ditunjukkan kepada manusia. Allah Subahanahu wa Ta'ala yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi, menghidupkan, mematikan dan Dia maha berkuasa untuk bertindak sebagaimana yang dikehendakiNya,

Link button
IKTIBAR
MESTERI
SEJARAH
ILMIAH
 
 
SOALAN LAZIM
BANK